Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam
1.
Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada
laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan
kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada
wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat; ALLAH
berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali
yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain
tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh
mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah
menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said
al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat
aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan
dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian
meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik
hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan di
Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya
mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki
berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis
Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari
Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah
seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan
akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad
yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang
melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman
ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti
wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang
yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia
kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian
janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk
dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam
Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat
ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak
halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah
menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan
lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah
tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat
membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah
sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana
apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan
menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu
Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan
untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa
berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan
atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu
Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala
sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana
Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar